SIAPA PULAK NI CIK PUAN AIKA


Assalamualaikum dan salam perkenalan Aika ucapkan kepada pembaca blog cikpuanaika.blogspot.com , tahniah kerana korang memang bijak untuk menjadi pembaca blog ni. Aceeewahhhh. Bangga tak?? 😂😂 Untuk korang yang baru nak mengenalik CikPuanAika ni, nama diberi Nur Aika Diana Binti Norudin, atau selalunya dipanggil Aika, Ika, Eka, Diana, Cikna atau Acik. Korang pilih je nak panggil dengan nama ape asalkan yang baik2 ajerrr..


Aika ni bukanlah student dari aliran sastera yang pandai mengarang bermadah pujangga. Tapi Aika suka nak belajar menulis blog untuk share ape yang Aika rasa penting untuk semua orang. Bagi ilmu baru atau bagi awareness tentang apa je untuk korang. Aika dulu student Finance Management and Banking dr UMS batch 10/12 (ade tak yg same batch ngan Aika?Sepp sikit kalau ade). After 2 bulan Grad, Aika dapat kerja di HSBC Electronics Data Processing dekat bangunan Bursa Malaysia tu. Alaaaaa yg dekat kuil tu. Alhamdulillah sbb Aika tak menganggur lama pun sebelum dapat kerja pertama.


Alhamdulillah 6 bulan pertama kerja, Aika bertunang dengan jejaka 1 negeri, so tak payah nak pening nak balik kampung mana sbb x sampai 10 minit pun da boleh sampai rumah dia 😂. Dan 9 bulan kemudian kami di akad nikah. Maka bermulalah kehidupan Aika sebagai seorang isteri dan wanita bekerjaya. phiuew phiuew..



Dalam suka duka berumahtangga, tepat 10:59am 3/5/2015, Aika dan suami dikurniakan anak perempuan yang comel, sangat cerdik dan panjang akal. kalau bab bercakap dah macam orang tua dah. Masuk je kereta, memang non-stop la dia menyanyi dan bercakap. Memang jenuh jugak la nak melayan nye. Nama di beri Nur Amni Zafirah Binti Aminnuddin ( Cahaya Keamanan Yang Berjaya ).



Kalau orang yang kenal Aika mungkin akan pelik macam mana Aika terdetik nak buat blog ni sebab Aika ni boleh dikatakan sebagai orang yang introvert, tapi bagi orang yang betul2 kenal Aika, dia akan tau yang Aika ni suka cuba sesuatu yang baru. Untung rugi tu belakang kira, yang penting kita cuba. kalau tak berjaya, kita cuba lagi.


Sekarang ni, PRINSIP HIDUP Aika cuma satu iaitu Family First. Bagi Aika, tanpa family, kita bukan sesiapa. Kalau kita jatuh, belum tentu orang lain akan bantu kita.Tapi family sentiasa ada untuk kita, InsyaAllah.

 


OK lah, setakat ni je dulu pengenalan Aika. Kita jumpa lagi di masa akan datang.


Jangan lupa follow Aika Diana di FB Page tau. 


Wsalam. MMuuaaahhhh ciked.

No comments:

Post a Comment