Monday, July 5, 2021

2 CARA JANA KEUNTUNGAN DALAM UNIT TRUST






Hai semua, harini Aika nak share 1 topik yang biasa sangat orang tanya.

"Aika, macam mana untung dalam unit trust ni dia umum?"

"Sama macam dalam ASB ke? Kene cukup haul dulu baru dapat ke macam mana?"

Okay, sekarang Aika nak share sikit macam mana kita dapat keuntungan ni. Ada 2 cara iaitu pengembangan modal dan jana dividen.

First point kat sini, pengembangan modal ni berlaku apabila portfoliio meningkat diikuti dengan nilai unit jika kita jual unit pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa kita beli dulu. Sebaliknya, jika nilai portfoliio tu menurun, maka nilai unit juga akan menurun. TAPI ini tak bermakna kita sudah rugi ye. Sebab ada peluang bagi harga unit tu untuk naik semula. Kadang-kadang ia bergantung kepada strategi pelaburan sesorang tu jugak. Kejatuhan harga dianggap bagus and peluang untuk beli lebih banyak unit baru dan menambah pelaburan dalam unit trust ni.

Seterusnya, bila dana unit trust mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan yang dibuat, maka pendapatan ni akan diagihkan kepada pemegang unit melalui dividen. Jika dana ni hasilkan pendapatan yang kecil atau pun tiada keuntungan, maka nya dana ni tak akan keluarkan dividen. 

So, pelabur-pelabur sekalian kena faham situasi ni, dividen bukan kewajipan tetapi ia bergantung kepada kemampuan sesuatu dana tersebut. TAPI, setiap syarikat pengurusan unit amanah (contoh PUBLIC MUTUAL) ni sentiasa berusaha supaya para pelabur dapat menikmati dividen setiap tahun. Dividen tu tak semestinya akn dibayar dalam bentuk tunai tapi mungkin jugak dalam bentuk penambahan unit pelaburan.

Kalau ada antara korang yang nak tahu lebih lanjut atau nak memulakan pelaburan unit trust, Aika boleh bantu sebaik mungkin. InsyaAllah. Boleh PM atau whatsapp sy di 014-3634698.


"If You Can't Fly Then Run, If You Can't Run Then Walk, If You Can't Walk Then Crawl, But Whatever You Do You Have To Keep Moving Forward"


No comments:

Post a Comment